Saturday 29 December 2012

Minggu Akhir 2012

Bismillahirohmanirrohim......

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, semalam dapat jugak dengar suara bonda tercinta. Keadaan famili di kampung semuanya baik, alhamdulillah walaupun berita banjir yang kurang menyenangkan. Namun itu semua ujian daripada Allah. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Adik yang bongsu akan mula bersekolah minggu depan. Baru masuk tahun 1, mesti dia bersemangat sangat kan. Maklumlah, dapat baju baru, kasut dan beg baru. Teringat diriku ketika mula-mula menjejakkan kaki ke tahun 1 (tersenyum sendiri). Ya Allah..cepatnya masa berlalu berlalu. Pejam celik je, 2 hari lagi nak masuk 22 tahun. Makin panjang umur, makin dekat kematian menghampiri. Bersediakah aku???

Emmm...luse dah nak final. Mengakhiri semester 5. Tak sabar rasenye, exam pun seminggu je. In Shaa Allah, semoga semuanye berjalan lancar dan dapat menjawab soalan dengan baik. Amiin...Setakat ni je perkongsian Wan Nur Syuhada hari ini..

Wassalam... 


Thursday 12 January 2012

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..syukur pd Illahi krn msh d bri ksmpatan tuk saya post dan bertnye khbar pd kwn2 sume..dh lame rasenye tgl kan blog ni..syukur, ari ni tlh slsai exm sy bg sem 3..doakn sy ye spy dpt kptusan yg cmerlg, insyaAllah..sy sntiasa doakan kjyaan dan kbhagiaan hidp kwn2 sume dunia dan akhirat..amin..jmpe lg,wassalam..

Monday 19 September 2011

Love Allah


I asked Allah 4 strength, He gave me difficulties 2 make me strong.
I asked Allah 4 wisdom, He gave me problems 2 solve.
I asked Allah 4 courage, He gave me obstacles 2 overcome.
I asked Allah 4 love, He gave me troubled people 2 help.
I asked Allah 4 favours, He gave me opportunities.
Maybe I received nothing I wanted, but I received everything I needed.
We must seek 4 His love.
Allah is always by our side.

Tugas Sebagai Hamba Allah

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Barangsiapa mengasaskan jalan yang baik dalam Islam, lalu diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala orang yang mengikutinya, dengan tidak dikurangkan sedikitpun pahalanya. Dan barangsiapa mengasaskan jalan tidak baik dalam Islam, lalu diamalkan oleh orang lain, maka baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dosanya."                (Riwayat Muslim)

Saturday 17 September 2011

Kita Hari Ini

Di mana kita pada hari ini?
Siapa kita pada hari ini?
Sudah peringkat apa pencapaian kita pada hari ini?
Adakah hari ini lebih baik dari semalam?
Atau setanding dengan semalam?
Atau lebih teruk dari semalam?
Apakah matlamat kita pada hari ini?
Dengan siapa kita berdiri pada hari ini?

SAYA???

Saya masih di bumi Allah,
Saya masih seorang muslim dan akan sentiasa pertingkatkan diri untuk menjadi seorang mukmin,
Saya masih belum mencapai peringkat yang diingini iaitu menjadi seorang hamba Allah yang sangat taat kepada-Nya, yang sentiasa menjalankan amal makruf nahi mungkar,
Diri saya masih setanding semalam atau lebih teruk dari semalam,
Matlamat saya pada hari ini untuk menjadi lebih baik dari semalam dan saya sedang berusaha ke arah itu,
Saya berdiri bersama semangat dan niat di hati untuk sentiasa melakukan perubahan ke jalan yang diredhai Allah S.W.T

InsyaAllah...
Bersama-sama lah kita menjadi lebih baik...

Friday 16 September 2011

salam 1 malaysia



Diet Rasulullah S.A.W :

a) Baginda tidak makan daging bersama susu 
b) Baginda tidak makan ikan bersama daging
c) Baginda tidak makan ikan bersama susu 
d) Baginda tidak makan ayam bersama susu 
e) Baginda tidak makan ikan bersama telur 
f) Baginda tidak makan ikan bersama daun salad 
g) Baginda tidak makan cuka bersama susu 
h) Baginda tidak makan buah bersama susu (contoh : cocktail)
i) Tidak makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu barulah diikuti dengan nasi
j) Tidur selama 1 jam selepas makan tengahari 
k) Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan   kolestrol dalam badan akan bertambah 

jom kawan-kawan, kita diet...