Saturday 17 September 2011

Kita Hari Ini

Di mana kita pada hari ini?
Siapa kita pada hari ini?
Sudah peringkat apa pencapaian kita pada hari ini?
Adakah hari ini lebih baik dari semalam?
Atau setanding dengan semalam?
Atau lebih teruk dari semalam?
Apakah matlamat kita pada hari ini?
Dengan siapa kita berdiri pada hari ini?

SAYA???

Saya masih di bumi Allah,
Saya masih seorang muslim dan akan sentiasa pertingkatkan diri untuk menjadi seorang mukmin,
Saya masih belum mencapai peringkat yang diingini iaitu menjadi seorang hamba Allah yang sangat taat kepada-Nya, yang sentiasa menjalankan amal makruf nahi mungkar,
Diri saya masih setanding semalam atau lebih teruk dari semalam,
Matlamat saya pada hari ini untuk menjadi lebih baik dari semalam dan saya sedang berusaha ke arah itu,
Saya berdiri bersama semangat dan niat di hati untuk sentiasa melakukan perubahan ke jalan yang diredhai Allah S.W.T

InsyaAllah...
Bersama-sama lah kita menjadi lebih baik...

No comments:

Post a Comment